Belia & Politik Membangkang - Cabaran dan Dilema

Belia sering menjadi pemimpin pergerakan pada perubahan politik. Akan tetapi, di-Singapura cabaran dan rintangan terhadap kegiatan sedemikian sangat besar. Disini kami paparkan pengalaman oleh Yaw Shin Leong, 25 tahun. Di dalam artikel ini beliau akan berkongsi pendapat-nya menceburi bidang politik serta pengalaman dan cabaran yang telah beliau hadapi. Beliau juga boleh dihubungi melalui lelaman yawsl@wp.org.sg.

Keunggulan Atau Kebodohan

"Apa? Anda tentu bergurau saja!" Sahut salah saorang dari 5 sahabat sekolah menengah saya dalam bahasa Mandarin. Mereka berlima merenung saya serentak sambil menantikan jawapan. "Saya telah fikirkan perkara ini dengan serius dan telah membuat keputusan" saya menjawab. "Tapi mengapa? Anda akan menjadi saorang siswazah universiti dengan masadepan yang cerah. Dengan menyertai politik yang bukan PAP anda akan 'membunuh' diri sendiri!" saorang lagi teman menyuarakan kebimbangan-nya. Suasana dimeja kami senyap seketika. Saya menghirup air mocha lalu berkata pada teman2 "Singapura perlukan lebih keseimbangan, lutsinar, keceriaan dan semangat cintai tanahair. Ramai diantara kita dibesarkan dalam era ekonomi yang berkembang dimana sebaliknya telah menghasilkan seluruh generasi yang lebih mementingkan hal ehwal kebendaan. Saya bersedia melaksanakan tanggungjawab untuk menjadikan tempat ini lebih seimbang, bersinar dan ceria." Saorang lagi teman bertanya, "Apa maksud anda?"

Saya menjawab, "Mari ambil ekonomi sebagai contoh, disatu pihak kerajaan menyeru kearah kebebasan hak, dan dipihak yang lain, para peserta yang terlibat kebanyakannya adalah GLCs (Sharikat2 Berkait Dengan Kerajaan). Adakah ia akan menjadi sebuah padang permainan yang seimbang kepada perusahaan privet, terutama sekali SMEs (Sharikat2 Kecil dan Sederhana)? Macamana boleh terdapat keceriaan apabila kebanyakan dari penguasa bertindak ekonomi berhaluan "budak besar" dengan kelaziman gaya atas-bawah?

"Lutsinar boleh ditafsirkan kepada pelbagai tahap. Mari ambil sistem kebenaran memasuki universiti sebagai contoh. Ketika ini kita maklum bahwa entri minima yang diperlukan ialah peringkat 2 A & AO, tetapi akhirnya apakah tahap entri yang sebenarnya untuk tahun akademik? Satu lagi contoh ialah sistem peruntukan jawatan dalam Perkhidmatan Negara kita. Bagaimanakah sasaorang itu dipilih untuk jawatan tertentu?

"Sama dengan patriotisma. Kenapa banyak anggota perkhidmatan sepenuh masa dan anggota kerahan tenaga mengeluh bahwa menjalani Perkhidmatan Negara adalah membuang masa? Kenapa banyak orang berhijrah kelain negara setiap tahun? Tetapi bagaimana boleh kita meneroka patriotisma jika kita tiada deria untuk memiliki sesuatu dalam bangsa? Dan kita tiada deria untuk memiliki kecuali kita berupaya menyertai sepenuhnya dalam membuat keputusan dan pembentukan polisi yang bakal menjejas kehidupan dan negara kita."

"Meskipun banyak soalan2 begini tiada penyelesaian yang mudah, saya percaya bahwa kita harus bermula disuatu tempat. Tatkala saya lihat kerajaan yang kukoh tiada masalah memastikan kestabilan sebuah negara, pemerintahan mutlak dan campur tangan kerajaan yang membinggungkan merintangi segala lapisan masharakat adalah tidak sihat. Kita perlu melaksanakan sebuah sistem memeriksa dan mengimbangi, untuk mengibarkan isu2 sebegini dan memperuntukkan alternatif untuk berkhidmat lebih baik pada masharakat.

Saya teringat menyebut hal ini pada April 1999. Pada waktu itu saya masih sa-orang mahasiswa di-Universiti Nasional Singapura, terlibat cergas dalam aktiviti politik kampus sebagai Presiden ke-35 kepada Kelab Demokratik Sosialis NUS. Saya merasakan bahawa tuaian (anggota2) sudah tersedia, tetapi buruh2 (aktivis2) hanya segelintir. Oleh demikian itu yang terpendam diminda, yakni dengan keupayaan sendiri, saya telah membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada kawasan undi pembangkang bagi Potong Pasir dan selepas itu kepada kumpulan politik berbilang - berat sebelah, Think Centre. Penyertaan saya buat beberapa bulan dalam aktiviti2 akar umbi pembangkang di Potong Pasir bersamaan dengan penglibatan saya dalam Think Centre, selanjutnya memperkukuhkan keyakinan dan keghairahan saya untuk berkhidmat pada Singapura dalam keupayaan sebagai aktivis politik.

Cabaran

Kehidupan tidak semuanya indah! Saya berhempas pulas menimbangi akibat2 keputusan saya untuk menyertai politik "pembangkang" dari segi keluarga dan kerjaya saya. Setelah mengharungi proses ini, saya berhasrat mencatitkan pengalaman dan cabaran serta dilema memasuki bidang politik.

Satu kebimbangan utama dihadapi aktivis politik ialah menyelamatkan pekerjaan jangka panjang. Rata2 majikan di-Singapura tidak setuju pada tanggapan bahawa pekerja mereka bergiat aktif dalam politik pihak pembangkang. Saya ada 2 pengalaman menarik. Saorang majikan telah cuba memujuk saya meninggalkan idealisma politik dan yang satu lagi mempengaruhi saya menggunakan nama Kristian menggantikan nama penuh saya ditempat kerja. Sekarang saya mengajar disebuah pusat pengajian privet sementara melanjutkan pelajaran secara sambilan. Walaupun terdapat beberapa ketegangan dengan 2 sharikat sebelum ini, saya percaya bahawa kesudahannya, majikan2 menghargai jasa pekerja yang cekap tanpa pedulikan penglibatan pekerja itu dalam politik.

Di-samping cabaran pekerjaan, keluarga adalah institusi masharakat yang paling penting samada ia akan menghasilkan atau meruntuhkan kerjaya pilihan anda! Saya dan saorang adik dibesarkan didalam keluarga ibu-bapa tunggal. Bapa saya meninggal dunia ketika saya berumur 13 tahun. Oleh itu, ibu saya menaruh harapan yang tinggi pada saya. Bila pertama kali saya menyuarakan hasrat pada ibu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti2 akar umbi pembangkang, beliau ungkapkan rasa terkejut. Ibu berdoa dan juga menasihati saya dengan harapan dapat menghalang saya dari terlibat dalam politik. Ibu mengatakan yang beliau hanya merestui jika saya ikut serta politik PAP. Terus terang, ia membuat saya hampa bila mendengar desakan ibu saban waktu. Walau bagaimanapun, saya terus berusaha menyakinkan ibu dan akhirnya beliau mengalah dan faham akan misi saya. Dengan restu dari ibu, saya dapat meneruskan wawasan saya dengan bebas.

Jalinan dengan rakan2 tetap baik, saya masih sering bertemu rakan dan taulan untuk makan, minum dan berbual2. Kadang kala kata2 dorongan dan mencabar dari mereka merangsangkan saya. Saya masih ingat saorang rakan berkata, "Jika anda boleh buktikan pada saya satu pasukan pembangkang dimana calon2-nya mempunyai ciri2 yang jujur, cekap, munasabah dan memihak kepada Singapura, saya bersedia menaruh undi saya pada pasukan anda." Saorang lagi rakan berkata, "Kamu sedang menempur 'pergaduhan' dimana ramai orang pilih untuk tidak ikutsama. Tetapi ingat, jangan membangkang demi kerana bertentangan sahaja. Jikalau kamu boleh berbuat itu - saya akan sokong anda".

Saya agak, akhirnya, setiap individu mencari orang yang baik untuk menawarkan diri pada mereka. Ia sering menjadi sejenis sikap tunggu-dan-lihat. Oleh itu saya berkata pada diri sendiri supaya mengorak langkah pertama dan mungkin yang lain akan menyertai sama.

Wawasan

Penyertaan saya dalam politik bukan menandakan sebarang hasrat kerana saya menghadapi kehilangan yang lebih dari segi kerjaya buat masa sekarang. Ia adalah hasrat saya untuk melihat rangka nasional yang benarkan masharakat kita berjuang kearah seimbangan politik, lutsinaran dan keceriaan wujud sebagai institusi nyata. Harapan saya buat negeri ini ialah pada 2021, semua ini akan teratur dari hasil usaha orang2 yang sependapat.

Partai Pekerja

Soalan lain adalah, kenapa Partai Pekerja? Terutama sekali, saya rasa selesa dan dapat mengenal pasti ideologi Partai Pekerja. Datang dari latar belakang berfahaman demokratik sosialis, kecenderungan saya dalam politik adalah pendekatan yang menitik beratkan sosial demokrasi dan hak2 rakyat jelata. Partai Pekerja adalah partai yang berdiri untuk keadilan hak2 pekerja dan mereka yang kurang bernasib baik. Yang penting sekali, partai ini terdiri daripada sebuah pasukan yang mengandungi individu2 yang jujur, cekap, munasabah, berkebolahan secara relatif, menyokong Singapura dan sependapat. Ini memberi saya keyakinan bahawa Partai Pekerja sesungguhnya adalah pasukan yang boleh diajak bekerjasama.

Masadepan?

Bahkan semasa saya sedang menulis artikel ini, akhbar Straits Times bertarikh 2hb Ogos menspekulasikan bahawa masadepan Partai Pekerja berada dalam bahaya. Pemiutang yang mengambil tindakan undang2 mungkin memilih untuk mendakwa partai atau mengemukakan kembali rayuan mereka untuk memohon supaya partai ini gulung tikar. Ketika dan bila ia berlaku, partai akan menghadapinya. Saya adalah saorang yang percaya bahawa hanya pada sa'at2 sebegini baru kita dapat rasakan semangat untuk menemui segalanya. Ianya juga terpulang kepada masharakat untuk menentukan samada Partai Pekerja harus diteruskan.

Akhirnya, saya ingin berkongsi sebuah pantun kesukaan saya yang penuh dengan inspirasi se-sama anda. Ya, anda! Negara ini perlukan anda!

"Invictus" by William E. Henley

Out of the night that covers me,
Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be,
For my unconquerable soul.

In the fell clutch or circumstance,
I have winced but not cried aloud.
Under the bludgeonings of chance,
My head is bloodied but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears,
Looms but the horror of the shade.
And yet the menace of the years,
Finds, and shall find me, unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate,
I am the captain of my soul.

 

[Back to top] | [Hammer Online Contents]


Copyright © 2001 - Present. The Workers' Party of Singapore.
216-G Syed Alwi Road #02-03 Singapore 207799. All rights reserved.