Inggeris | Cina | Tamil
Esei Gambar


Lihat

Butir Ahli
Nama Pengguna:
Kod Pas:

Melanggan eBerita WP

Aktiviti Parti Pekerja

Tarikh:

Masa:

Tempat:

Keterangan Misi

Berani berfikir dan bertindak

- Untuk jadikan Singapura sebuah kediaman dimana setiap rakyat boleh membuat
sumbangan.

- Untuk melindungi maruah dan tampilkan hak semua lapisan masyarakat, terutama
mereka yang kurang bernasib baik.

- Untuk melindungi maruah dan tampilkan hak semua lapisan masyarakat, terutama
mereka yang kurang bernasib baik.

Kami percaya pada

Perbezaan pendapat

Penghormatan

Kuasa kepada Rakyat

Insan Bermaruah

Peluang Sama Rata

Toleransi

Merayakan Ulangtahun Ke 47 Parti Pekerja

Parti kita ditubuhkan dalam tahun 1957 bilamana rakyat kita berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Parti Pekerja lahir daripada perjuangan tersebut, bertunjangkan kesatuan rakyat yang inginkan kehidupan yang lebih baik sambil mencari hak untuk menentukan arahtuju sendiri.

Jelaslah Parti Pekerja adalah sebuah parti politik yang sangat serius dalam mengembalikan semula kekuasaan ke atas arahtuju kehidupan kita ini kepada setiap warga Singapura.

Di bawah kepimpinan Encik Low Thia Khiang, kita merupakan salah sebuah parti alternatif yang tersangat aktif lagi berketerampilan di Singapura sekarang ini, di luar mahupun di dalam Parlimen.

Tambahan pula, kita mendapat suntikan tenaga yang baru dengan kemasukan bakat-bakat baru di dalam saf perjuangan kita.

Kenapa Menyokong Parti Pekerja?

Kalaulah anda dan teman anda rakyat Singapura yang lainnya menyokong Parti Pekerja, warga Singapura akan memperolehi suara yang lebih lantang dalam menentukan cara kehidupan kita dikenderai oleh pemerintah sekarang. Singapura milik kita bersama.

Inilah tanah air kita semua. Parti-parti politik wujud untuk berkhidmat untuk kita. Parti Pekerja mahu berkhidmat untuk semua golongan masyarakat sambil memastikan Partai Tindakan Rakyat tidak mengabaikan janji dan tanggungjawab mereka kepada kita.

Marilah melihat bagaimana anda akan memperolehi manfaat dengan menyokong Parti Pekerja:

Bagaimana kamu boleh medapat faedah Parti Pekerja

Satu: Anda akan ada suara di dalam dan di luar Parlimen

Pihak Parti Pekerja akan mengenakan tekanan ke atas kerajaan yang memerintah untuk bertindak terhadap keperluan dan pendapat anda. Kerajaan perlu mendengar pendapat rakyat. Kami pastikan ini akan berlaku.

Dua: Kerajaan akan lebih bertanggungjawab kepada anda

Parti Pekerja merupakan sebuah badan bebas yang memantau keberkesanan kerajaan. Kerajaan mesti menunaikan tanggungjawab serta janji-janji yang mereka pernah buat dahulunya. Kami akan memastikan mereka melunaskan janji-janji mereka kepada anda dan memerintah negara ini dengan baik.

Tiga: Anda akan berhak memilih

Parti Pekerja menawarkan anda peluang untuk memberikan amanah anda kepada seorang calon yang baik yang bukan daripada parti memerintah. Jika tiada calon yang bertanding menentang parti memerintah, anda kehilangan peluang untuk mengundi dan memilih sendiri Ahli Parlimen anda dan mencorakkan sebuah kerajaan. Oleh itu, kami membuka peluang ini kepada anda untuk kita sama-sama mengimbangi demokrasi di Singapura tercinta.

Empat: Anda boleh membentuk masa depan anda dan anak-anak anda

Parti Pekerja mengalu-alukan ide-ide anda untuk membentuk polisi-polisi alternatif kepada politik, ekonomi dan sosial Singapura. Bilamana hanya sebuah parti sahaja yang membuat keputusan mengenai kesemua polisi yang membabitkan kita, maka banyaklah buah-buah fikiran yang bernas akan terkubur walaupun ianya sangat diperlukan. Kami di Parti Pekerja sebaliknya akan mendengar dan menawarkan polisi-polisi alternatif yang sebaiknya untuk pembangunan negara kita.

Lima: Anda akan perolehi sebuah masyarakat madani yang bertenaga

Parti Pekerja menawarkan anda peluang keemasan untuk bersatu di bawah naungan manusia-manusia yang sealiran hasrat dan mindanya dengan anda, yang bergerak berlandaskan proses perlembagaan. Kita ingin ujudkan satu suasana yang positif, telus dan dinamik di Singapura di mana kita akan dapat berhujah secara rasional dan saksama di dalam isu-isu yang membabitkan rakyat umum.

Selamat Datang

Berkenaan Parti Pekerja

Terjemahan - akan datang

 

Karangan Dari Tukul

Yang Bulat Tak Datang Bergolek Yang Pipih Tak Datang Melayang

Belia Singapura - Pendidikan Mereka dan Pemantapan Masyarakat

Parti Buruh: Asmara, Realiti, Kebangkitan?

Undi Anda Adalah Rahsia

Menebus Kuasa kepada Rakyat

Ayuh Bangun Demi Singapura

Mengapa Persaingan Politik Diperlukan

Belia & Politik Membangkang - Cabaran dan Dilema

 

Jawatankuasa Pusat

Lebih

 

Gambar Arkib

 

Pengisytiharan Parti Pekerja
Perlembagaan

Perlembagaan

 

Tumpuan Kami

Terjemahan - akan datang

 

Sejarah

Terjemahan - akan datang

Lebih

 


Copyright © 2001 - Present. The Workers' Party of Singapore.
216-G Syed Alwi Road #02-03 Singapore 207799. All rights reserved.